Sejarah PSS

Bernaung di bawah PPD Kinta Selatan


http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/images/pss1.jpg
PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pembelajaran dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisien bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang.

Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All juga telah menggariskan perkara berikut:

  • PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan
  • PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat

VISI

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat keputusan berasaskan ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

MISI

Menyediakan maklumat bagi membolehkan warga sekolah berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat dan pengetahuan. PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat untuk hidup sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
  • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.


Pusat Sumber Sekolah yang merupakan gedung ilmu mempunyai sejarah menarik dan panjang. Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama “khutub khanah”, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah. Secara amnya keadaan khutub khanah di sekolah Inggeris adalah jauh lebih baik daripada Sekolah Aliran Melayu. Namun begitu tujuan utama “khutub khanah” bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

pss

Apabila saiz koleksi buku di “khutub khanah” meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama “khutub khanah” didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan “perpustakaan”. “Perpustakaan” pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid.

Perpustakaan sekolah mula diberi perhatian pada tahun 1960an setelah adanya cadangan-cadangan daripada Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu (1962) dan penerbitan Manual Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) yang disediakan oleh Puan Margaret Walker pada tahun 1964 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya:
  • Koleksi buku dan bahan diletakkan di sebuah bilik khas yang dipanggil “Perpustakaan Sekolah”.
  • Guru Perpustakaan diberi latihan pengurusan perpustakaan selama setahun di institusi yang diperakui.
  • Tiga jenis akhbar disediakan di perpustakaan sekolah setiap hari.
  • Nisbah buku dengan murid ialah 1:10.
Usaha KPM mendapatkan khidmat beberapa pustakawan Amerika menunjukkan keperihatinan terhadap pembangunan perpustakaan sekolah dan cadangan penambahbaikan tersebut dilaksanakan secara progresif.

Pada tahun 1967, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1967 telah diwartakan bagi mengurangkan beban tugas Guru Perpustakaan. Selain itu, kursus pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mula diperkenalkan. Pada tahun yang sama juga, Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Buku Teks, KPM sehingga tahun 1973. Selepas itu, pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.

Penubuhan Unit Perpustakaan Sekolah secara keseluruhannya telah membawa kesan yang mendalam terhadap pembangunan perpustakaan sekolah. Menyedari hakikat bahawa perpustakaan sekolah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa tindakan telah diambil, antaranya:
  • Pada tahun 1974, geran per kapita (PG) perpustakaan sekolah mula diperkenalkan bagi tujuan pembinaan koleksi.
  • Sains Perpustakaan diintegrasi sebagai salah satu mata pelajaran dalam silibus di maktab perguruan.
  • Pada tahun 1979, kursus satu tahun untuk Guru Perpustakaan di perkenalkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
  • Surat Pekeliling bagi memastikan terdapat ruang atau bilik disediakan bagi mewujudkan sebuah perpustakaan sekolah diedarkan.
  • Kursus Pengurusan Perpustakaan Sekolah 35 jam dan 45 jam diperkenalkan.
  • Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Kebangsaan dan tujuh (7) Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri diwujudkan.

Perkembangan pesat perpustakaan sekolah dimantapkan lagi dengan penerbitan Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (Blueprint For School Library In Malaysia) pada tahun 1979. Rancangan Pembangunan ini telah menggariskan beberapa asas kepada perolehan bahan bacaan, kemudahan fizikal, sumber manusia, pengurusan dan penggunaan.

Pada tahun 1980an, perubahan trend dalam bidang teknologi pendidikan telah meningkatkan penggunaan bahan alat pandang dengar dalam P&P. Bilik Alat Pandang Dengar telah diwujudkan bagi mengurus bahan-bahan tersebut. Seterusnya, pada 1 Mac 1983, KPM telah mengarahkan pertukaran nama Perpustakaan Sekolah kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS)bagi mencerminkan penggabungan perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar di sekolah.  Arahan ini telah melahirkan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan dan seterusnya pembangunan semua Pusat Sumber Sekolah terletak di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM mulai 1988.

Selain itu, rangkaian pusat sumber pendidikan mula diwujudkan. Empat (4) Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) iaitu di Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dibina pada tahun 1981-1983, dan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1980an. Kini semua negeri telah menubuhkan PSPN - sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah.

Pada tahun 2000, KPM telah melancarkan Tahun PSS (Surat Pekeliling Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000). Tujuan utama Surat Pekeliling ini adalah untuk menyedar dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS.  Ini adalah susulan daripada salah satu resolusi yang dibuat di Persidangan PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Pada tahun 2000 juga, program Khidmat Bantu PSS dan Anugerah PSS Cemerlang julung-julung kali diadakan.


Sumber:
Abd. Rehim b. Abd. Rehman. “Sejarah Pusat Sumber Sekolah di Semenanjung Malaysia 1800-1995.” Diss. University of Malaya, 1998. Print.

Fatimah Jusoh. “School libraries in Malaysia.” School libraries for a knowledge society, Proceedings of the 31st. IASL Annual Conference and 6th International Forum on research in school librarianship, 5-9 August, Petaling Jaya, Malaysia. Singh, D et al (Eds.). Web. 5 February 2010.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN): Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Print.

Blueprint for school library development in MalaysiaKuala Lumpur : Persatuan Perpustakaan Malaysia. 1979. Print.


Arah Aliran PSS Sedunia

Berdasarkan buku-buku ilmiah, jurnal ikhtisas, perbincangan di persidangan dan pemerhatian semasa lawatan sambil belajar ke luar negara oleh KPM, terdapat sekurang-kurangnya lima (5) arah aliran aliran PSS seperti berikut:
  • Literasi Maklumat (Information Literacy) diberi penekanan dalam sistem pendidikan. Literasi Maklumat adalah satu kemahiran menetukan bila maklumat tertentu diperlukan, kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format dan menggunakan maklumat tersebut dengan berkesan. Memandangkan kemahiran ini adalah lanjutan dan perkembangan kepada kemahiran perpustakaan, tanggungjawab memperkembangkan Literasi Maklumat di sekolah adalah tanggungjawab bersama guru PSS dan guru mata pelajaran.
  • PSS memainkan peranan utama dalam melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.
  • PSS adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat sedunia (global information network) yang berpeluang mengakses dan mencapai maklumat tanpa sempadan di merata tempat.
  • Pengautomasian PSS dilaksanakan bagi tujuan mempercepatkan tugas-tugas rutin seperti pemprosesan bahan, pengkatalogan, pencarian maklumat atas talian (OPAC) dan pinjaman bahan.
  • PSS diuruskan oleh beberapa kakitangan sepenuh masa yang mempunyai dwi kelayakan ikhtisas iaitu bidang Pendidikan dan Kepustakawanan/ Teknologi Maklumat. Ini membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Mereka dibantu oleh staf sokongan yang juga diberi latihan Kepustakawanan dan Teknologi Maklumat termasuk Literasi komputer.
Kesemua arah aliran ini sedang mempengaruhi perkembangan PSS di dunia. Justeru, adalah penting bagi menyediakan murid sekolah di Malaysia untuk menghadapi cabaran abad ke-21 supaya membolehkan mereka bersaing dengan rakan-rakan dari negara maju.

Halatuju PSS Malaysia

Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
  • The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)
  • The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini akan menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.


DASAR  PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.  Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat mengandungi pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merangkumi  elemen perolehan dan pemerosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

PERNYATAAN DASAR

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang  sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  3. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  4. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  5. Memastikan  Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Introduction

The School Resource Centres (SRCs) in Malaysia provide information and ideas that are fundamental to function successfully in today’s information and knowledge-based society. The SRCs equip students with information literacy skills and help them develop life-long learning habits, enabling them to be knowledgeable and responsible citizens.

  • Current Scenario
Currently, there are 9,922 SRCs in Malaysia (7685 @ 77.4% in primary schools and 2,237 @ 22.6% in secondary schools). Where there is a school, there will be a school resource centre.

  • Function of SRCs
SRCs aim to provide a range of learning opportunities for both large and small groups as well as individuals with a focus on intellectual content, information literacy, and the learner. In addition to classroom visits with collaborating teachers, the SRCs also serve as a place for students to do independent work, use computers, audio-visual equipment and research materials; and also to hold special events such as thematic exhibitions and reading club activities.

The SRC programme is a collaborative venture in which the teacher-librarians, teachers, and administrators work together to provide opportunities for the social, cultural, and educational growth of students. Activities that are part of the school library media program can take place in the school library media center, and other SRCs’ linked facilities such as the audio-visual room, computer laboratory, and Access Centre and other special rooms set up by the schools.

  • The Role of the Educational Technology Division in the Development of SRCs in Malaysia
  1. To raise the standards of SRC, currently set at three-star or 60% of SRC performance indicators (PIs).
  2. To give assistance to needy SRC in achieving the standards through the “SRC Assistance Programme”.
  3. To give motivation to teacher librarians in SRCs to increase and maintain the standards through  the “SRC Excellence Award Programme”.
  4. To ensure that SRCs use all types of media (including digital) and is fully automated, and utilizes the Internet [as well as books] for information gathering.
  5. To inculcate reading habits among school children and increase the number of books read by them.
  6. To develop SRCs as a resource base for the school by using the curriculum and student interests to identify and obtain library materials, organize and maintain the SRC collection in order to promote independent reading and lifelong learning.
  7. To ensure that SRCs are properly managed and all materials in the SRC collection be located using an Online Public Access Catalogue (OPAC).
  8. To ensure that SRC programmes also encompass activities relating to technology including the integration of resources in a variety of formats: periodical databases; Web sites; digital video segments/EduwebTV; podcasts; blog and wiki content; digital images; virtual classrooms, etc.
  9. To ensure that the teacher-librarians have proper training and staff development programs to help them in effectively managing SRCs.
  10. To ensure that all state resource centres (SRC) and teacher activity centres (TAC) have properly equipped resource centres to cater to the needs of teachers and staff within the area or district.
  11. To ensure that the officers and staff manning the resource centres have proper training and staff development programs to help them run the RCs more efficiently and effectively.